Thursday, June 2, 2011

Bubur Nasi

Bahan -bahannya
1 tin susu beras bersih dan rendam seketika
3 tin susu air sejuk 
sedikit isi ayam dan disiat kecil-kecil
1/4 sudu kecil lada sulah
sedikit hirisan halia
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang dihiris
1 sudu serbuk / kuib ayam knorr
sedikit garam

cara penyediaannya
1. Tanak nasi dengan   3 tin susu air sejuk dan biarkan sehingga nasi sedikit pekat, apabila pekat tambahkan lagi air mengikut kesukaan agar tidak likat.
2. Apabila nasi menjadi kembang dan kuahnya pekat , masukkan lagi air tambahan dan masukkan daging ayam yang disiat tadi bersama bawang merah & putih yang dihiris.
3. Masukkan sedikit garam dan lada sulah , halia dan akhir sekali tambahkan air kerana ianya bubur.
4. Akhir sekali sediakan bahan sampingan agar bubur tadi menjadi sedap, taburkan bawang goreng, hirisan daun sup,.Taburkan ikan bilis goreng...sedapp..tu menu orang sakitpun sedap kalau dipelbagaikan.