Monday, September 5, 2011

Kuih Jintan Hitam

                                                        Kuih Jintan Hitam
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu jintan hitam (bahan utama)
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk lada paprika (jika mahu pedas)
1 biji telur
2 sudu margerin (untuk menguli)
1 sudu gula
sedikit garam
air sejuk 1 cawan
1 tangkai daun kari dipotong halus-halus
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Tepung gandum, jintan hitam,rempah kari,lada paprika,gula,daun kari yang dimayang halus, digaul rata.
2. Kemudian masukkan telur gaul rata, dan masukkan air sejuk dan garam, gaul rata sehingga rata dan meleket, barulah dimasukkan margerin, tujuannya untuk melembutkan doh tadi, uli sehingga lembut seperti adunan pastri.
2.Setelah itu buat ketulan bulat-bulat dan canaikan seperti lemping, seberapa banyak yang dapatdanpanaskan  diatas kuali tanpa minyak selama 1 minit dan balikkan. kemudian angkat dan potong selebar 1 inci , kemudian digunting halus-halus selebar 3mm sehingga habis adunan tadi.
3.Panaskan kuali dan goreng guntingan kuih jintan tadi sehingga warna kekuningan dan angkat.selamat mencuba ini kuih traditional keluarga saya.