Tuesday, September 6, 2011

Kuih Dahlia

             Kuih Dahlia
Mama gunakan resepi dari myresepi.com

Bahan-bahannya 
300 grm butter
 160 grm gula aising
100 grm tepung jagung
160 grm tepung kastard
240 grm tepung gandum
2 biji kuning telur
Cara-caranya
1. Pukul butter, gula aising hingga kembang
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati
4. Gunakan Acuan kuih dahlia dan terapkan diloyang dan kemudian untuk hiasan yang menarik gunakan kismis, cer. atas apa jua untuk menmbahkan seri kuih 
5. Bakarlah di oven dengan kepanasan suhu 180 C selama 10 minit.
Selamat mencuba kerana mama rasa resepi ini adalah sama serti kuih samperit cuma mama gunakan acuan bunga dahlia.

Sungguh ringkas dan sedap terimakasih myresepi.com


Kuih samperit

                                                            Kuih Semperit
Bahan-bahan
1/2 cwn butter/marjerin
1/2 cwn gula ising
1 biji kuning telur
1 1/2 cwn  tepung gandum
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna hijau dan kuning
Cara-caranya
1. Butter/marjerin dipukul/putar bersama gula hingga kembang dan masukkan telur, esen vanila pputar hingga sebati dan rata
2.Masukkan tepung gandum dan kastard sedikit demi sedikit sehingga habis tepung tadi. 
3.Adunkan ia menjadi doh dan bahagikan dua bahagian dan asingkan doh tadi dan warnakan satu pewarna kuning dan hijau .(supaya menjadi dua doh berwaran hijau dan doh berwarna kuning).
4.Kemudian ambil sedikit doh berwarna hijau dan kuning  digulung memanjang kecil.Ada dua gulungan dan disatukan gulungan tadi seperti gulungan bar .Dan biarkan didalam peti ais sebentar selama 10 minit.
5.Kemudian keluarkan gulungan warna tadi
6.Bolehlah dipotong mengikut ketebalan yang disukai.Lebih mudah potong menggunakan benang jahit . Bakar kedalam oven selama 10 minit dengan kepanasan 180C.

Kuih Tart

                                                             Kuih tart
bahan-bahan
350 grm tepung gandum
50 grm tepung jagung
250 grm mentega/butter
70 gm gula ising
2 biji kuning telur
1/2 sudu ising vanilla

intinya
1 Mangkuk jem nenas (mama beli yang telah siap ready made)

2 Biji kuning telur untuk disapu ke permukaan tart sebagai perhiasan.

cara -caranya
1.Mentega , gula ising dan ising vanilla dipukul sehingga sebati ( gunakan mixer lagi mudah)
2.Kemudian masukkan kuning telur satu persatu
3.Masukkan tepung gandum/jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
4.Gunakan  acuan samperit dan tekan ia memanjang dan potong jalur selebar 2 1/2 inci.
5.Kemudian ambil potongan tadi, ambil sedikit jem nenas yang dikepal bulat-bulat. dan masukkan inti jem nenas .Gulung potongan doh tadi disebelah dalam dan  gulung kan jem tadi.
6.Kemudian ambil kuning telur , sapu diatas permukaan tart gulung tadi
7.Bakarlah menggunakan oven dengan kepanasan suhu 180C selama 10 minit. selamat mencuba


Monday, September 5, 2011

Kuih Jintan Hitam

                                                        Kuih Jintan Hitam
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu jintan hitam (bahan utama)
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk lada paprika (jika mahu pedas)
1 biji telur
2 sudu margerin (untuk menguli)
1 sudu gula
sedikit garam
air sejuk 1 cawan
1 tangkai daun kari dipotong halus-halus
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Tepung gandum, jintan hitam,rempah kari,lada paprika,gula,daun kari yang dimayang halus, digaul rata.
2. Kemudian masukkan telur gaul rata, dan masukkan air sejuk dan garam, gaul rata sehingga rata dan meleket, barulah dimasukkan margerin, tujuannya untuk melembutkan doh tadi, uli sehingga lembut seperti adunan pastri.
2.Setelah itu buat ketulan bulat-bulat dan canaikan seperti lemping, seberapa banyak yang dapatdanpanaskan  diatas kuali tanpa minyak selama 1 minit dan balikkan. kemudian angkat dan potong selebar 1 inci , kemudian digunting halus-halus selebar 3mm sehingga habis adunan tadi.
3.Panaskan kuali dan goreng guntingan kuih jintan tadi sehingga warna kekuningan dan angkat.selamat mencuba ini kuih traditional keluarga saya.

Air Bandung Si Lapis

Bahan-bahannya.
2 Sudu Sirap Gula Berwarna Merah
3 sudu sudu cair
Beberapa ketul ais

Disatukan kesemua bahan masukkan dahulu air batu, lepas itu masukan susu dan akhirnya masukkan sirap.Seolah-olah ia berlapis. sekiranya mahu minum bolehlah dikacau sebati.