Thursday, May 3, 2012

Apam Gula Hangus


 

Bahan-bahan
A
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air

B
 2 biji telur
1 1/2 cawan tepung
1/2 sudu soda karbonat
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu marjerin
1 cawan minyak masak
sedikit esen vanila

Cara penyediaan
1. Gula dicairkan terlebih dahulu sehingga cair dengan api yang perlahan 
2. Dan masukkan air setelah sejuk sedikit .Kemudian ketepikan
3. Telur dikacau sehingga kembang dan masukkan marjerin dan minyak , kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan esen vanilla dan susu pekat manis.kacau sehingga rata kudian barulah masukkan tepung dan soda karbonat  sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi, gaul rata 
5. Bila sebati semua barulah dimasukkan Bahan A ( gula yang dicairkan tadi)
6. Akhir sekali bolehlah dikukus kedalam acuan kecil-kecil ataupun loyang yang disapukan minyak atau marjerin sedikit untuk mengelakkan ia melekat semasa masak nanti.Kukus selama 15 minit.

Selamat Mencuba

Assallammualaikum.wrm.bkth

Minta maaf aziemama tidak sempat nak update blog ini...lama ditinggalkan. baru sekarang nak buat. aduh lamanya , banyak jugak aziemama nak tambah resepi kepada kawan-kawan blog ini .Insyaallah ..