Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan
1 ikat kangkung (Secekak)
Bahan dikisar
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
30 gram udang kering atau ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit Serbuk Perasa
secubit belacan
1/2 sudu Sos Tiram
1 sudu minyak makan untuk menumis
cara -cara penyediaan
1.Tumis kan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
2.Masukkan garam, serbuk perasa dan sos tiram.
3.Akhir sekali masukkan kangkung yang telah dipotong dan angkat.