Monday, August 15, 2011

Rempeyek Seret

Bahan-bahannya
1 peket tepung beras 
2 biji kelapa (jasingkan - 1 santan pekat dan 1 santan cair )
1 biji telur
 2 sudu air kapur
 sedikit garam
 sedikit serbuk perasa
 1 kilo Kacang tanah
 1 peket minyak untuk mengoreng

 Bahan dikisar
100 gm ketumbar
100 gm jintan putih
100 gm jintan manis
 4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah kecil 
1/2 cawan ikan bilis atau kiub ikan bilis ( dalam 3 kiub) boleh jugak )

Cara-cara membuatnya
1. Tepung beras dicampurkan dengan sedikit santan pekat kemudian dicampurkan dengansantan cair sedikit. agak sederhana pekatnya.
2.Bancuh rata dan masukkan telur ayam  kacau rata lagi.
3.Selepas itu baru masukkan bahan kisar tadi .
4.Akhir sekali masukkan serbuk perasa dan garam serta air kapur dan biarkan seketika.
5. Panaskan minyak dikuali dengan kadar banyak jugak dan ratakan mintak diseluruh kuali agar mudah kita menebarkan rempeyak kita. 
6.Sediakan satu mangkuk kecil bancuhan tepung yang telah disiapkan. lebihan santan pekat dan kecil baru boleh digunakan digunakan berselang seli untuk melihat kepekatan tepung tadi, takut nanti semsa mengoreng ia akan menjadi tebal. kita perlu campurkan santan cair. 
7.Apabila minyak telah panas, ambil satu senduk bancuhan tepung tadi dan campurkan dengan sedikit kacang tanah  anggaran 10 atau 15 biji sahaja.kemudian seretkan ditepi kuali, agak-agak 3/4 d dari aras minyak .buatlah banyak kali agar penuh ditepi kuali. kemudian ambil sudip simbahkan sedikit minyak ke tepung tadi agar rempeyek kita tidak melekat. 
8. Cuba balik-balik setelah garing bolehlah diangkat.