Friday, February 25, 2011

Pucuk Paku Masak Lemak

 Hari ini aziemama masak lauk yang ringkas sahaja.. sekali -sekala masak lemak enak  
Resepinya
1 ikat pucuk paku
1 1/2 kotak santan (aziemama gunakan santan kotak saja)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
10 ulas cili kecil (bagi yang suka pedas)
sedikit udang kering/ikan bilis (untuk rencahnya)
1/2 sudu kunyit serbuk atau hidup
100 gm udang basah
sedikit serbuk perasa
sedikit garam mengikut selera

Cara penyediaannya
1. Bawang putih dan merah, kunyit , ikan bilis dan cili kecil di tumbuk.
2. Masukkan santan kotak dan sedikit air lalu dimasak dengan api perlahan
3. Kemudian bahan yang ditumbuk tadi kedalam periuk berisi santan kemudian kacau sehingga sebati
4. Akhir sekali masukkan udang basah tadi serta garam & serbuk perasa dan pucuk paku
5. Angkat dan hidangkan ketika panas.