Wednesday, March 9, 2011

Penganan

Bahan-bahan Kuah
250 gm kacang tanah yang disangai dan tumbuk jangan halus sangat
20 batang lada kering digoreng dengan sedikit minyak dan blender/tumbuk
Secubit garam
Secubit serbuk perasa
1/2 Mangkuk Air asam jawa
1 sudu gula
1/2 sudu petis
1/2 inci belacan

Bahan Ulaman
200 gm kacang panjang
200 gm taugeh

Tuesday, March 1, 2011

Sup Tulang


Menu ini adalah menu rekaan sendiri dan ditokok tambah untuk lebih sedap setelah bertanya dari kawan-kawan yang lebih arif. Setelah selalu membuatnya aziemama cuba mengambil upah masak sup tulang ini untuk teman-teman pejabat dan majlis pejabat. sambutannya sungguh baik.Kecil-kecilan dahulu.

Bahan-bahan asas sup
1 kilo tulang selangka/tulang
1/2 kilo daging 
3 mangkuk air
 4 biji kentang dibelah 4

 Rempah
50 grm ketumbar - direndam dan blender
50 gm jintan manis -direndam dan blender
50 gm jintan putih - direndam dan blender
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk rempah kurma
10 ulas bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
1 inci halia yang ditumbuk kasar
1 bungkus sup bunjut adabi
  sedikit garam
  sedikit serbuk perasa

Bahan tumis
2 ulas bawang merah yang dimayang
2 sudu minyak masak untuk menumis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
1 inci kulit kayu manis

Bahan hiasan
50 sen daun sup
50 sen daun bawang
sedkit bawang goreng

Cara membuatnya
1. Daging dan tulang dagining tadi dicuci bersih dan ditoskan sebentar
2.Panaskan periuk dan tunagkan minyak dan tumis kan bunga lawang, kayu manis, pelaga,cengkih dan bawang kecil hiris , setelah wangi dan sedikit garing barulah ditumiskan bawang putih,merah yang diblender tadi. Tumis sehingga naik bau ,barulah dimasukkan daging tadi selama 3 minit barulah dituangkan air kedalamnya.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan rempah dan kentang biarkan sehingga empuk
4. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
5. Untuk lebih enak masukkan kiub sup tulang dan kentang
6. Setelah empuk akhir sekali taburkan bahan hiasan keatas sup tadi dan bolleh dimakan bersama sambal kicap





Ayam Panggang



Bahan
6 keping kepak ayam atau paha dan sebagainya, hendaklah direbus  selama 3 minit sahaja dan biarkan sebentar
1 sudu minyak masak

Bahan perap
3 sudu kicap manis
1 sudu jintan manis (serbuk)
1 sudu jintan putih (serbuk)
1 sudu ketumbar (serbuk)
1 sudu madu

bahan kisar (A)
3 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih

cara-caranya
1. bahan perap tadi dicampurkan bersama bahan kisar.
2. Perapkan kesemuanya bahan tadi dan biarkan selama 2 jam atau lebih .lebih lama diperap lebih rasa  sedapnya.
3.leserkan dulang pembakar dengan sedikit minyak makan kemudian panggang la. lebih enak jika dibakar/panggang sebab sebentar sahaja kerana .ayam tadi direbus.balik-balikkan ayam tadi dan renjiskan dengan minyak agar kelihatan cantik  dan berkilat.
4. sediakan bersama nasi panas dan sos cili thai...



Laksa Penang


Bahan A
1 Bungkus laksa beras (direndam sebentar dan rebus sehingga lembut dan cucilah dengan air sejuk..kemudian toskan.biarkan..dan sebentar

Bahan B
1 kilo ikan selayang (rebus ambil isinya dan blender)
5 ulas bawang merah kecil
3 sudu lada kisar 
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas dititik
1 inci halia dititik
sedikit belacan
2 batang serai dititik
2 batang bunga kanatan di hiris
1/2 cekak daun kesum
5 keping asam keping/gelugur
sedikit garam
sedikit  serbuk perasa

Bahan C
1 ulas bawang besar dihiris nipis
10 biji lada kecil dihiris nipis
1 batang timun dipotong halus memanjang
1 hiris nenas dipotong nipis kecil-kecil
1 kuntum bunga kantan potong kecil dan nipis
5 biji limau kasturi potong dua
3 biji telur rebus dibelah 4

cara penyediaan kuahnya
1. kesemua Bahan B hendaklah dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak kecuali ikan yang telah diblender. .tambahkan air mengikut berapa banyak kuah yang saudara/ri inginkan setelah kuah mendidih barulah dimasukkan ikan yang telah diblender tadi , gunaka api yang perlahan. kalau perlahan-lahan sehingga masak.
2.  Untuk rasa laksa yang sedap kita boleh lah tambahkan sedikit otak udang/petis. Makanlah bersama bahan C ...

SELAMAT MENCUBA