Sayur Campur
Bahan Sayuran
150 gram Bunga kobis atau Brokoli
2 batang Salderi (besar)- dipotong 11/2 inci panjangnya
1 batang Lobak merah dipotong memanjang
100 gram daging ayam
100 gram udang atau sotong/daging
Bahan tumis
2 biji bawang merah kecil - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/4 sudu serbuk lada putih
Secubit Garam
Secubit Perasa
1 kiub ayam Knorr
Cara Penyediaannya
1. Sedikit minyak untuk menumis, setelah panas masukkan bawang putih/merah tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan sedikit serbuk lada putih/garam dan perasa. Akhir sekali masukkan kiub ayam.
2. Masukkan pula sayur lobak merah dahulu, kemudian masukkan sayur salderi dan brokoli, Masak hanya balik-balikkan sahaja, jangan terlalu lama kerana ia akan cepat masak. selamat mencuba