Kuih tart
bahan-bahan
350 grm tepung gandum
50 grm tepung jagung
250 grm mentega/butter
50 grm tepung jagung
250 grm mentega/butter
70 gm gula ising
2 biji kuning telur
1/2 sudu ising vanilla
intinya
1 Mangkuk jem nenas (mama beli yang telah siap ready made)
2 Biji kuning telur untuk disapu ke permukaan tart sebagai perhiasan.
cara -caranya
1.Mentega , gula ising dan ising vanilla dipukul sehingga sebati ( gunakan mixer lagi mudah)
2.Kemudian masukkan kuning telur satu persatu
3.Masukkan tepung gandum/jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
4.Gunakan acuan samperit dan tekan ia memanjang dan potong jalur selebar 2 1/2 inci.
5.Kemudian ambil potongan tadi, ambil sedikit jem nenas yang dikepal bulat-bulat. dan masukkan inti jem nenas .Gulung potongan doh tadi disebelah dalam dan gulung kan jem tadi.
6.Kemudian ambil kuning telur , sapu diatas permukaan tart gulung tadi
7.Bakarlah menggunakan oven dengan kepanasan suhu 180C selama 10 minit. selamat mencuba