Friday, February 25, 2011

Pucuk Paku Masak Lemak

 Hari ini aziemama masak lauk yang ringkas sahaja.. sekali -sekala masak lemak enak  
Resepinya
1 ikat pucuk paku
1 1/2 kotak santan (aziemama gunakan santan kotak saja)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
10 ulas cili kecil (bagi yang suka pedas)
sedikit udang kering/ikan bilis (untuk rencahnya)
1/2 sudu kunyit serbuk atau hidup
100 gm udang basah
sedikit serbuk perasa
sedikit garam mengikut selera

Cara penyediaannya
1. Bawang putih dan merah, kunyit , ikan bilis dan cili kecil di tumbuk.
2. Masukkan santan kotak dan sedikit air lalu dimasak dengan api perlahan
3. Kemudian bahan yang ditumbuk tadi kedalam periuk berisi santan kemudian kacau sehingga sebati
4. Akhir sekali masukkan udang basah tadi serta garam & serbuk perasa dan pucuk paku
5. Angkat dan hidangkan ketika panas.

Tuesday, February 22, 2011

Pizza

Pizza

Bahan Doh 
200 gm tepung gandum
10 gm gula
5 gm garam
20 gm susu tepung
20 gm margerin
150 gm air
3 gm yis

Bahan Topping
Sosej
Capsicum 
Mix vegetable
Mozarella Cheese
Tomato/Cili sos

Cara membuatnya
1.campurkan senmua bahan kering, gaul rata. masukkan Margerin,gaul sehingga  seperti serbuk roti.
2.Masukkan air sedikit-sedikit sambil digaul dengan adunan tadi sehingga menjadi doh. Uli sehingga sesuai untuk dicanai.
3.Biarkan doh selama 10-15 minit.
4.canai doh seperti bentuk yang dihendakki dan biarkan naik 2 kali besarnya.
5.Bila doh dah naik,sapu permukaan doh dengan minyak dan bakar sebentar dalam oven.
6.Bila minyak dah kering,keluarkan doh dan tabur semua bahan topping atas pizza.
7.Bakar sebentar,keluarkan dari oven, taburkan cheese & bakar sehingga cheese cair
dan bolehlah dihidangkan 

selamat mencuba....