Monday, April 11, 2011

kek coklat

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
250 gram butter/margerin lembutkan dahulu
3 biji telur ayam
1/2 sudu serbuk penaik
2 cawan gula pasir
1 cawan serbuk coklat/koko
1/2 cawan susu pekat manis
Sedikit esen vanilla
Sedikit choclate rice dan bunga hiasan - untuk menambahkan cantik


Cara penyediaan
1. Masukkan butter dan telur *( dipukul sehingga kembang). kemudian masukkan gula, kemudian esen vanila dan masukkan sedikit serbuk coklat/koko.pukul perlahan kemudian masuukan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis , dan serbuk penaik ,pukul sehingga sebati.
2. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah dilengserkan dengan sedikit margerin untuk menggelakkan melekat.Dan bakar di oven dengan kepanasan 180 darjah celcius dengan masa 45 minit
3. Setelah masak , untuk hiasan lebihan serbuk koko atau coklat hendaklah disatukan dengan susu pekat manis tadi, kacau rata dan tuangkan keatas kek tadi dan taburkan choclate rice dan bunga hiasan.



kari ayam

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - dibelah 6 atau 8
4 biji  ubi kentang sederhana besarnya - dibelah 4
1 peket kari daging/ayam adabi
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
1/2 biji santan 
3 ulas bawang kecil merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 keping asam keping

Bahan tumis
2 ulas bawang kecil merah dimayang halus
1/2 inci halia dimayang halus
1 kuntum bunga lawang
2-3 batang cengkih
sedikit daun kari
Sedikit biji sawi dan rempah tumis
2 sudu minyak masak

Cara penyediaan
1. Tumiskan minyak dan masukkan rempah tumis dan biji sawi ,kemudian tumiskan bawang merah/putih/ halia yang dimayang tadi, sehingga kekuningan. Barulah dimasukkan rempah kari bawang merah/putih yang ditumbuk serta sedikit santan pekat.
2. Biarkan santan pecah minyak, kemudian masukkan ayam dan kentang yang telah dipotong, seketika. Dan tambahkan sedikit garam,serbuk perasa dan sedikit asam jawa.
3. Setelah 10 minit masukkan santan yang selebihnya serta asam keping biarkan seketika.
4. Masukkan daun kari dan hirisan lada merah/hijau sebagai hiasan.



Sayur campur


           
Sayur Campur
Bahan Sayuran
150 gram Bunga kobis atau Brokoli
2 batang Salderi (besar)- dipotong 11/2 inci panjangnya
1 batang Lobak merah dipotong memanjang
100 gram daging ayam
100 gram udang atau sotong/daging

Bahan tumis
2 biji bawang merah kecil - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/4 sudu  serbuk lada putih
Secubit Garam
Secubit Perasa
1 kiub  ayam Knorr

Cara Penyediaannya
1. Sedikit minyak untuk menumis, setelah panas masukkan bawang putih/merah tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan sedikit serbuk lada putih/garam dan perasa. Akhir sekali masukkan kiub ayam.
2. Masukkan pula sayur lobak merah dahulu, kemudian masukkan sayur salderi dan brokoli, Masak hanya balik-balikkan sahaja, jangan terlalu lama kerana ia akan cepat masak. selamat mencuba